PROGRAM ANAK ANGKAT

Jan 18

Jan 12
Badan amal asnaf murni (BAAM) berperanan membantu golongan anak yatim, fakir miskin dan golongan asnaf yang menhadapi berbagai masaalah kehidupan mereka agar terbela dan tidak menjadi masyarakat yang melarat.
BAAM membantu golongan ini dengan berusaha membangunkan rumah-rumah amal yang baru dibuka supaya masyarakat prihatin dan sama-sama memberi pembelaan dan bantuan kepada golongan yang susah dan memerlukan bantuan.
Kami ketika ini memerlukan perabot-perabot pejabat seperti meja, kursi, almari, komputer dan lain-lain.Tuan juga boleh menhulurkan batuan dalam bentuk baru atau terpakai.
Sumbangan dari pihak tuan amatlah kami hargai dan ia juga dapat membantu untuk meringankan beban kami. Semoga sumbangan dan perhatian dari pihak tuan mendapat menhiburkan mereka yang memerlukan ini. Dan sentiasa dirahmati tuhan hendaknya.Sekian terima kasih.
Jan 10
Jan 07
Bukanlah yatim piatu itu semata-mata tiada ayah dan ibu.Tetapi yatim piatu yang hakiki itu tidak ada iman dan ilmu.Tidak ada ayah dan ibu bukan satu kesalahan .Itu sudah takdir tuhan yang esa. Tidak ada sesiapa yang mahu . Tetapi iman dan ilmu wajib dicari kerana ia perintah tuhan. Sesiapa yang tidak melakukan adalah berdosa.Tidak ada ayah dan ibu hanya susah di dunia.
Tetapi kebanyakan tidak suka jika tidak ayah dan ibu . Kerana tidak ada tempat mengadu dan bermanja sedangkan kalau tidak ada iman dan ilmu ,tuhan murka masuk neraka .
Jan 05
Di saat manusia berlumba-lumba menikmati kejayaan, kekayaan dan kemewahan di dalam kehidupan, tidak dapat dinafikan juga masih terlalu ramai di kalangan masyarakat kita yang jauh ketinggalan dan tidak direzekikan untuk berjaya mengubah taraf kehidupan mereka walaupun berbagai usaha telah dijalankan. Selain daripada itu ada juga yang ditakdirkan kehilangan ibu dan ayah untuk bermanja di waktu usia masih kecil lagi. Saban hari kita dipaparkan dengan pelbagai kisah keperitan dan penderitaan insan-insan yang malang ini. Kadang kala penderitaan mereka itu sampai ke tahap yang amat memilukan sehingga tidak pernah terfikir oleh kita di zaman yang serba maju dan moden ini, masih wujud golongan yang terlalu daif, hingga melarat serta terpaksa menahan kelaparan, dan berhujan dan berpanas kerana tiada tempat tinggal yang sempurna.