LATIHAN KEMAHIRAN:
Memandangkan Badan Amal Asnaf Murni ini tiada pendapatan tetap atau mendapat tajaan daripada mana-mana pihak secara tetap setiap bulan sedangkan overheadnya adalah tinggi, maka pihak kami telah membuat keputusan untuk satu projek iaitu menbuat biskut2 seperti tat nenas, almond london, mazola dan lain-lain.
Projek kami ini diusahakan oleh anak-anak remaja puteri yang terdiri daripada anak yatim dan remaja-remaja yang tidak berminat untuk meneruskan persekolahan lagi. Sebagai alternatif, Pihak kami telah melatih mereka untuk kemahiran di bidang ini dengan dipantau dan dipimpin oleh seorang Penjaga yang berpengalaman.
Setakat ini peralatan yang digunakan di Bakeri ini adalah sumbangan individu ,juga peralatan terpakai yang dibeli di kedai secondhand..Pihak kami yakin projek ini boleh berkembang jauh dengan ditambahkan beberapa peralatan lagi untuk meningkatkan pengeluaran terutama ketika musim perayaan.
JADUAL HARIAN:
(Untuk Hari Isnin Hingga Jumaat)
5.00 am Bangun tidur, mandi, solat Tahajjud, dan solat subuh
7.00 am Sarapan
7.30 am Ke sekolah
1.35 am Solat Zuhur, makan tengahari
2.00 pm Rehat
3.00 pm Mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah
4.30 pm Solat Asar
4.45 pm Minum petang
5.00 pm Riadah / berkebun / main
6.40 pm Mandi, berselawat sambil menunggu solat maghrib.
8.00 pm Membaca Al-Quran, tazkirah
8.30 pm Solat Isya’
9.00 pm Makan malam
10.00pm Berwuduk & tidur
(Untuk Hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)
5.00 am Bangun tidur, mandi, solat Tahajjud, dan solat subuh
7.00 am Senaman
7.30 am Sarapan pagi
8.30 am Kuliah pagi
9.00 am Kelas hafazan
9.30 am Rehat / aktiviti bebas
10.30am Ulangkaji pelajaran / tuisyen
11.45am Tidur sunat sebelum zohor
1.15 am Solat Zuhur, makan tengahari
2.00 pm Kelas komputer / kelas kemahiran
3.00 pm Mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah
4.30 pm Solat Asar
4.45 pm Minum petang
5.00 pm Riadah / berkebun / main
6.40 pm Mandi, berselawat sambil menunggu solat maghrib.
8.00 pm Membaca Al-Quran, tazkirah
8.30 pm Solat Isya’
9.00 pm Makan malam
10.00pm Berwuduk & tidur
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
