Kami ingin memohon sumbangan peralatan sekolah seperti baju sekolah, bag, kasut, DLL . kami belum dapat menyediakan sepenuhnya keperluan ini .
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Badan Amal Asnaf Murni (BAAM) sebagai mana tuan/puan maklum adalah sebuah badan NGO yang tidak mendapat sebarang sumbangan tetap samada dari kerajaan atau mana-mana badan korporat. Walau bagaimanapun kami masih berusaha meneruskan niat dan tanggungjawab kami mendidik dan membiayai sepenuhnya tempat tinggal, makan minum, persekolahan dan juga tuisyen anak-anak kami ini. Pada tahun 2011 kami menaungi seramai 120 orang terdiri daripada anak-anak yatim, anak fakir miskin, ibu tunggal, asnaf zakat dan remaja bermasalah yang tinggal bersama di pusat jagaan ini. Selain itu terdapat juga seramai 30 orang lagi anak-anak yang ditempatkan di beberapa pusat latihan dan di rumah keluarga masing-masing tetapi mendapat perhatian (BAAM).
2. Kami memerlukan bantuan untuk menampung dana perbulan bagi membiayai tanggungan berdasarkan keperluan berikut:
- Makan minum 100 org X RM10 X 30hr : RM 3000
- Duit poket sekolah 50 org X RM2 X 22hr : RM 2200
- Sewa 7 asrama : RM 6500
- Bil letrik & air 7 asrama : RM 5000
- Bil tel/fax/internet : RM 800
- Rawatan kesihatan : RM 1000
- Keperluan diri (syampu, sabun dll) : RM 500
- Saguhati staff 8org X RM450 : RM 3600
- Yuran (tusyen/UPSR/koko/dll) : RM 500
- Minyak van sekolah & urusan am : RM 2000
- Lain-lain perbelanjaan kecemasan : RM 2000
—————-
TOTAL RM 25.000.00 / BULAN
RM 301.200.00 / TAHUN
