«

»

Jan
07

ERTI YATIM YANG HAKIKI

Bukanlah yatim piatu itu semata-mata tiada ayah dan ibu.Tetapi yatim piatu yang hakiki itu tidak ada iman dan ilmu.Tidak ada ayah dan ibu bukan satu kesalahan .Itu sudah takdir tuhan yang esa. Tidak ada sesiapa yang mahu . Tetapi iman dan ilmu wajib dicari kerana ia perintah tuhan. Sesiapa yang tidak melakukan adalah berdosa.Tidak ada ayah dan ibu hanya susah di dunia.

Tetapi kebanyakan tidak suka jika tidak ayah dan ibu . Kerana tidak ada tempat mengadu dan bermanja sedangkan kalau tidak ada iman dan ilmu ,tuhan murka masuk neraka . Lagi bahaya, sayangnya yang bahaya tidak dianggap bahaya. Yang tidak bahaya pula dianggap bahaya.
Tidak ada ayah dan ibu semua orang dukacita. Tetapi tidak ada iman dan ilmu ,kurang yang dukacita.

Itulah akibatnya jika hanya dunia dikenali. Akhirat tidak dikenali bahkan dilupakan. Padahal akhirat adalah destinasi yang terakhir sekali. Dunia hanya sementara. Oleh itu jangan takut tidak ade ayah dah ibu . Ia bukan yatim piatu yang hakiki. Tapi takutkan jika tidak ada iman dan ilmu. Kerana ia merupakan yatim piatu yang hakiki. Siapa yang menjadi yatim piatu yang tidak  hakiki, diakhirat amat malang sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>