Pengenalan
-> Badan amal asnaf murni (BAAM) telah diasaskan pada tahun 2008 atas nama
syarikat asnaf murni (no pendaftaran;-001712687-m)di alamat no. 18, jln rk 6/1 ,
rasah kemayan ,70300, seremban2, negeri sembilan.
-> Badan amal asnaf murni diasaskan setelah melihat kesusahan dan kepayahan hidup masyarakat yang kurang bernasib baik terutama sekali yang ketara di kalangan kanak-kanak.
-> Bagaimana sesetegah kanak-kanak itu yang langsung tidak mampu untuk bersekolah kerana keluarga tidak mampu untuk menyara dan mensekolahkan anak-anak mereka kerana hasil pendapatan dan tuntutan hidup yang tidak mencukupi.
-> Kepayahan yang ditangung oleh keluarga-keluarga yang susah ini menyebabkan anak-anak tercicir dalam pelajaran dan pendidikan. malah tercicir dalam kehidupan.
-> Badan amal ini juga membantu rumah-rumah amal yang baru dibangunkan tidak mampu untuk menampung keperluan pembelaan terhadap golongan yang memerlukan ini.
->Bermula dari situlah usaha untuk menbantu rumah-rumah amal dijalankan dengan kerjasama dan sokongan oleh induvidu-induvidu, badan-badan bukan kerajaan,(NGO),badan-badan koperat dan lain-lain.
-> Sokongan yang diberi amat mengalakan sehingga ada rumah-rumah amal yang sudah boleh berdikari dan menjadi tumpuan bagi golongan yang ingin menyampaikan amal jariah dan saham akhirat.
-> Golongan yang diberi pembelaan makin bertambah malah dikalangan yang telah dibantu juga sudah ada yang berdikari malah turut menberi sumbangan bakti mereka pada rumah-rumah amal tersebut.
Matlamat
-> Memberi pembelaan kepada golongan ;-
- anak yatim.
- fakir miskin.
- muallaf.
- anak-anak broken family.
- remaja bermasaalah.
- asnaf zakat.
- dll.
-> Membangunkan rumah-rumah amal yang baru beroperasi dengan cara mempromosi serta membawa golongan yang ingin
beramal jariah.
-> Menbantu golongan-golongan yang perlukan pembelaan disudut kebajikan,pelajaran dan pendidikan dunia dan akhirat .
-> Memastikan golonagn yang dibantu dapat melahirkan peribadi mulia dan mempuyai jati diri yang kukuh.
-> Mengajar dan mendidik anak-anak agar menjadi insan mulia serta menjadi penyelamat agam bangsa dan negara.
-> Melahirkan golongan intelektual, koperat dan teknokrat yang bertaqwa (pemurah, tawdhuk, prihatin, kreatif )serta
sensetive dengan kesusahan orang lain.
.-> Melahirkan golongan yang berjaya dan tidak bergantung kepada orang lain.
