Menerima anak-anak yatim, fakir miskin dan golongan yang perlukan pembelaan seperti ibu tunggal, golongan yang teraniaya dan golongan yang layak menerima zakat. Mendaftarkan mereka dan membantu menyelesaikan masalah mereka sedaya upaya.
Menjalinkan kerjasama dengan mana-mana syarikat agar mereka boleh memberi latihan kemahiran atau menawarkan pekerjaan kepada anak-anak yatim yang telah dewasa, atau golongan yang susah yang ingin menyara keluarga mereka. Para penyumbang yang kebanyakannya memiliki syarikat sendiri akan dimaklumkan dan dirujuk jika ada permintaan dari mereka yang susah untuk mendapatkan pekerjaan.
Menjadi pusat agihan bantuan berupa barangan keperluan asas kepada golongan yang anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal dan mereka yang layak menerima zakat. Stok makanan yang disumbangkan kepada (BAAM) bukan sahaja untuk kegunaan asrama ini tetapi akan diagih-agihkan pula kepada orang-orang susuah di luar sana.
Menjalankan aktiviti perniagaan yang bersesuaian untuk menambahkan dana bagi menampung keperluan Badan Amal Asnaf Murni.
Menganjurkan Majlis-majlis Amal dan jualan amal bagi tujuan mengumpul dana. Mengadakan kelas fardhu ain, motivasi dan kaunseling untuk dewasa dan kanak-kanak secara percuma.
Mengadakan kelas tuisyen, kelas komputer, kelas bahasa Inggeris untuk meningkatkan kecemerlangan akdemik dan kemahiran tambahan di dalam menguasai era IT. Kerjasama dengan sukarelawan yang telah dikenalpasti akan membantu menjayakan kelas-kelas ini di waktu hujung minggu atau cuti umum.
Lawatan sambil memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik dari rumah ke rumah.
Mengadakan Lawatan sambil belajar, percutian dengan mencari penaja untuk memberi peluang mereka berhibur dan berekreasi sambil mendapat pengisian rohani untuk membangunkan jiwa mereka.
Membantu mendapatkan dana bagi menampung kos rawatan untuk anak-anak yatim dan miskin yang menghadapi masalah kesihatan tetapi tidak mendapat rawatan yang sempurna kerana masalah kewangan.
Mendapatkan keluarga angkat yang menaja keperluan pendidikan anak-anak tersebut.. Namun anak-anak angkat ini tidak akan tinggal dengan keluarga angkat mereka. Sesekali mereka akan bercuti bersama keluarga angkat atau keluar bersiar-siar atau bermalam di rumah keluarga angkat. Kemudian akan kembali ke asrama semula.
